FATHWORKS

KITCHEN CABINET, TABLE TOP & KERJA KAYU CUSTOM

Ruang rumah yang kemas,
sedap mata memandang

Kami bantu rancang, ukur dan pasang kabinet ikut saiz rumah anda — dari dapur, wardrobe, kabinet TV sampai perabot custom. Design nampak cantik, tapi tetap praktikal untuk kegunaan harian.

Lihat lanjut

SIAPA KAMI

Kerja kabinet yang dibuat
ikut rumah sebenar

Fathworks Design bermula dengan satu benda yang mudah: kami mahu hasilkan kabinet yang cantik, tahan lama dan sesuai dengan cara orang guna rumah setiap hari. Bukan sekadar nampak mewah dalam gambar, tapi senang dijaga, cukup ruang simpan barang dan kemas bila dipandang.

Kami urus kerja dari perbincangan awal, ukuran di rumah, cadangan material, sampai pemasangan siap. Sama ada kabinet dapur, wardrobe, kabinet TV atau rak kasut, setiap projek dibuat dengan ukuran yang tepat dan kemasan yang kami sendiri puas hati sebelum serah kepada pelanggan.

0+ Projek disiapkan sejak 2025

APA YANG KAMI BUAT

Servis yang selalu pelanggan minta

Dari dapur kecil sampai ruang tamu yang luas, kami bantu jadikan setiap sudut lebih tersusun, kemas dan selesa digunakan.

Kabinet Dapur

Kabinet dapur ikut ukuran rumah anda, susun atur kerja memasak dan ruang simpan barang. Pilihan Melamine atau Formica, bergantung pada bajet dan gaya yang anda nak.

Kira anggaran

Table Top

Table top yang kemas, kukuh dan senang dijaga untuk dapur atau kaunter. Kami bantu padankan kemasan supaya nampak kena dengan kabinet sedia ada.

Tanya detail

Almari Pakaian

Almari pakaian built-in yang bantu bilik nampak lebih lapang dan teratur. Rekaan ikut saiz bilik, jenis pakaian dan ruang simpan yang anda perlukan.

Tanya detail

Kabinet TV

Kabinet TV yang buat ruang tamu nampak lebih clean — wayar boleh disorok, barang boleh disusun dan dinding nampak lebih siap.

Tanya detail

Kabinet Kasut

Kabinet kasut untuk elakkan ruang depan rumah berselerak. Boleh dibuat rendah, tinggi, tertutup atau bercampur ruang duduk ikut kesesuaian entrance.

Tanya detail

Kaunter Kabinet

Kaunter untuk kedai, pejabat atau ruang bisnes. Kami fokus pada susunan kerja yang praktikal, ruang simpan cukup dan rupa depan yang nampak profesional.

Tanya detail

Perabot Custom

Meja, rak, kabinet kecil atau perabot khas yang susah nak cari saiz ready-made. Kami buat ikut ukuran ruang dan kegunaan anda.

Tanya detail

Rekaan Dalaman

Cadangan susun atur, warna, material dan gaya supaya kabinet nampak sebati dengan keseluruhan rumah — bukan nampak macam tambahan kemudian.

Tanya detail

Renovate Dapur Lama

Dapur lama boleh nampak baru semula. Kami bantu dari buka kabinet lama, kemas semula susun atur, sampai pasang kabinet dan table top baharu.

Tanya detail

HASIL KERJA

Idea untuk ruang anda

Lihat Semua Projek →

Tengok beberapa contoh gaya kabinet dan ruang yang boleh dijadikan rujukan sebelum anda mula rancang projek sendiri.

Kitchen Cabinet Moden

Dapur nampak clean, ruang simpan lebih tersusun

Dapur

Walk-in Wardrobe

Ruang pakaian yang kemas, lapang dan mudah dicapai

Wardrobe

Kabinet TV Ruang Tamu

Susunan kemas untuk TV, dekorasi dan barang harian

Ruang Tamu

Dapur Kontemporari

Gaya moden dengan susun atur yang senang digunakan

Dapur

Vanity Bilik Air

Kabinet sinki custom yang nampak kemas dan tahan guna

Bilik Air

Rak Built-in

Rak ikut tinggi dinding untuk buku, dekorasi dan simpanan

Ruang Tamu

Ikuti kami di TikTok dan Facebook untuk tengok proses kerja, progress pemasangan dan idea kabinet terbaru.

PRODUK TEMPAHAN

Produk yang boleh ditempah

Beberapa item kabinet dan perabot custom yang boleh anda tempah mengikut giliran produksi kami.

Nota: semua produk dibuat secara tempahan. Anggaran siap sekitar 2-3 minggu selepas tempahan disahkan.

Memuatkan produk…

ANGGARAN HARGA

Kira dulu bajet kitchen cabinet

Masukkan ukuran asas untuk dapatkan anggaran awal. Harga akhir tetap bergantung pada ukuran sebenar, material dan keadaan ruang di rumah.

Kabinet Bawah (Pintu dan Frame)

RM 0

Kabinet Atas (Body dan Pintu)

RM 0

Table Top (Konkrit)

Konkrit - RM350/kaki panjang
RM 0

Tambahan

RM250 / set
RM 0
+RM50 / kaki panjang
Tidak
RM 0
Anggaran jumlah
RM 0

* Anggaran ini untuk rujukan awal sahaja. Harga tepat akan diberi selepas ukuran dan semakan ruang dibuat.

WhatsApp untuk semak harga

CARA KERJA

Dari tanya harga sampai siap pasang

Kami cuba pastikan proses jelas dari awal — supaya anda tahu apa yang akan dibuat, berapa anggaran kos dan bila kerja boleh dijalankan.

1

WhatsApp dulu

Hantar gambar ruang, ukuran kasar atau idea yang anda suka. Dari situ kami boleh faham hala tuju projek.

2

Anggaran awal

Kami beri range harga awal ikut ukuran, jenis kabinet dan material yang anda berminat.

3

Tempah site visit

Jika sesuai, kita tetapkan tarikh untuk datang ukur. Caj lawatan: RM50 sekitar Sungai Petani, RM100 luar SP.

4

Ukur di rumah

Kami semak ukuran sebenar, kedudukan paip, plug, dinding dan cadangkan susun atur yang lebih sesuai.

5

Deposit 40%

Selepas detail dipersetujui, deposit 40% diperlukan untuk mula tempahan material dan kerja produksi.

6

Kerja pembuatan

Kabinet dibuat mengikut ukuran yang telah disahkan, dengan perhatian pada potongan, kemasan dan ketahanan.

7

Set tarikh pasang

Bila kabinet sudah siap, kami hubungi anda untuk susun tarikh pemasangan yang sesuai.

8

Pemasangan

Team kami datang pasang di lokasi dan buat semakan akhir supaya pintu, laci dan kemasan nampak kemas.

9

Baki bayaran

Baki 60% dibuat selepas pemasangan selesai dan kerja telah disemak bersama.

Siap digunakan

Ruang baru anda siap — lebih kemas, lebih praktikal dan lebih selesa untuk kegunaan harian.

Nak mula rancang kabinet untuk rumah?

WhatsApp kami gambar ruang anda. Kami bantu tengok apa yang sesuai dan beri anggaran awal.

HUBUNGI KAMI

Cerita dulu ruang yang anda nak buat

Paling mudah, hantar gambar ruang melalui WhatsApp. Kami akan bantu tanya detail yang perlu sebelum beri anggaran.

Emel

fathworksglobal@gmail.com

Alamat Bengkel

Lot 662, Kampung Perak,
08010 Bukit Selambau, Kedah

Waktu Operasi

Ahad - Khamis: 9:00 PG - 5:30 PTG

Tanya Kami